Kulim, 16 Julai 2023 – Sebanyak 165 geran tanah yang terdiri daripada 121 Surat Hakmilik dan 44 Lesen Pendudukan Sementara (LPS) diserahkan kepada penduduk daerah Kulim oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.YAB Menteri Besar Kedah dalam ucapannya berkata, “Daerah Kulim lebih bernasib baik berbanding daerah-daerah lain kerana potensi hartanah di Kulim ini lebih mahal dan terbangun kerana adanya sektor industri yang besar seperti Kulim Hi-Tech Park yang telah memberi sumbangan yang begitu berharga kepada negara”Tambahnya, “Pembangunan taman-taman perumahan dan komersial bahkan hasil tanah juga amat berharga di daerah Kulim. Sehingga bulan Jun 2023, Pejabat Tanah Kulim telah mengendalikan sejumlah 129,979 pegangan surat hak milik yang menjana hasil tahunan kira-kira RM 65 juta. 

Ini termasuk bayaran royalti sekitar RM 1.9 juta setahun.”“Hasil-hasil ini menjadi dana kepada kerajaan negeri untuk terus melaksana perancangan pembangunan baik dari segi infrastruktur mahupun kebajikan seluruh rakyat negeri Kedah khususnya” YAB Menteri Besar Kedah turut merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada para pegawai kerajaan negeri, penerima-penerima geran dan juga ucapan terima kasih kepada Dato’ Pengarah Tanah dan Galian, Pegawai Daerah dan seluruh kakitangan Pejabat Tanah yang telah bertungkus lumus menyediakan sehingga lulus geran-geran hakmilik penerima.Turut mengiringi, YBrs. Dr. Nadzman bin Mustaffa, Pegawai Daerah Kulim, YB. Dato’ Azman bin Nasrudin, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah merangkap Ahli Parlimen Padang Serai, YB. Dato’ Hajah Siti Ashah binti Haji Ghazali, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah serta YB. Dato’ Md Shuhaime bin Abd Rahman, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.

klik untuk gambar sekitar program

Skip to content