LAWATAN KERJA MAJLIS BANDARAYA IPOH KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

05 Julai 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan mesra dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bertempat di Dewan Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS sebentar tadi. Seramai 7 kakitangan delegasi MBI yang diketuai oleh En. Ahmad Zaiyadi Bin Sudin, Pengarah Penguatkuasaan Dan Keselamatan MBI disambut baik oleh En. Bohari bin Md. Yusof, Pengarah Jabatan Korporat Dan Strategik MBAS serta kakitangan MBAS.
Objektif lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea mengenai pelaksanaan Warden Lalulintas di MBAS. Satu sesi taklimat berkaitan pelaksanaan warden lalulintas tersebut telah diberikan oleh En. Ahmad Syaher Bin Abu Bakar, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, MBAS.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang.
Skip to content