MAJLIS PENYERAHAN KENDERAAN BAHARU MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR TAHUN 2023

17 Julai 2023 – Majlis Penyerahan Kenderaan Baharu MBAS Tahun 2023 yang telah berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat MBAS. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar.
 
Penyerahan kenderaan ini melibatkan beberapa jabatan di MBAS iaitu Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Jabatan Khidmat Pengurusan. Dengan pembekalan kereta baharu ini, MBAS dapat mempertingkatkan lagi kualiti mutu perkhidmatan kepada warga Bandaraya Alor Setar dan memastikan perkhidmatan MBAS lebih efisien, lancar dan berkesan.
 
Hadir sama En. Nasrankamil Bin Noh, Setiausaha MBAS, Pengarah-Pengarah MBAS, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta kakitangan terlibat.
 
Skip to content