MESYUARAT PENYELARASAN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 DEWAN NEGERI KEDAH BAGI DUN N.12 SUKA MENANTI, N.13 KOTA DARUL AMAN DAN N.14 ALOR MENGKUDU

16 Julai 2023 – Satu mesyuarat bagi menyelaras perjalanan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 Dewan Negeri Kedah bagi DUN N.12 Suka Menanti, N.13 Kota Darul Aman dan N.14 Alor Mengkudu telah diadakan sebentar tadi di Dewan Persidangan Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS.
YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar merangkap Pegawai Pengurus DUN N.12 Suka Menanti telah mempengerusikan mesyuarat tersebut serta menyempurnakan penyerahan Watikah Pelantikan kepada semua Penolong Pegawai Pengurus DUN terlibat.
 
Turut hadir ialah En. Nasrankamil bin Noh, Setiausaha MBAS merangkap Pegawai Pengurus DUN N.13 Kota Darul Aman, Tuan Hj Md Nayan bin Bahari, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS merangkap Pegawai Pengurus DUN N.14 Alor Mengkudu, Penolong Pegawai Pengurus, Ketua PP-KPR, Ahli PP-KPR, Pembantu Pilihan Raya serta semua wakil-wakil Jabatan/Agensi/Pegawai yang terlibat.
 
Skip to content