"ORANG BUAT NAK BAGI ELOK, HAMPA PI CURI PULAK"

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang telah melakukan perbuatan vandalisme dengan mengambil tanaman hiasan tanpa kebenaran di kawasan “Linear Park” Dataran Starwalk, Alor Setar. Vandalisme merupakan perbuatan merosakkan harta benda awam. Sikap tidak bermoral ini akan memberikan kesulitan terhadap pelbagai pihak dan perkara ini harus dibendung.
 
Pihak MBAS mengambil perhatian serius dalam permasalahan ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan vandalisme di kawasan pentadbiran MBAS. Pihak MBAS memohon kerjasama orang ramai untuk memaklumkan dengan segera kepada pihak MBAS jika mendapati berlaku perbuatan tidak bermoral tersebut serta berharap semua pihak boleh memainkan peranan bekerjasama untuk menjaga kemudahan yang disediakan.
 
Skip to content