PENAMAAN CALON BHG. PILIHAN RAYA NEGERI KEDAH BAGI DUN N.12 SUKA MENANTI, N.13 KOTA DARUL AMAN DAN N.14 ALOR MENGKUDU

29 Julai 2023 – Proses Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri Kedah yang telah berlangsung pada hari ini bertempat di Kompleks Belia & Sukan Negeri, Alor Setar telah berjalan dengan lancar dan bakal menyaksikan satu lawan satu bagi ketiga-tiga DUN. Ia menempatkan 3 Dewan Undangan Negeri iaitu N.12 Suka Menanti, N.13 Kota Darul Aman dan N.14 Alor Mengkudu.
 
YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Pegawai Pengurus bagi N.12 Suka Menanti telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding di kawasan berkenaan ialah Dato’ Zambri Yusuf dari parti Pakatan Harapan (PH) menentang Dzowahir Ab Ghani dari parti Perikatan Nasional (PN).
 
Manakala bagi N.13 Kota Darul Aman, pegawai pegurusnya En. Nasrankamil bin Noh mengumumkan calon-calon yang akan bertanding di kawasan berkenaan ialah Chuan See Seng dari parti Perikatan Nasional (PN) akan menentang Teh Swee Leong dari parti Pakatan Harapan (PH).
 
Bagi N.14 Alor Mengkudu turut menyaksikan pertandingan satu lawan satu. Pegawai Pengurusnya Tuan Haji Md. Nayan Bin Bahari telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding di kawasan berkenaan ialah Radhi Mat Din dari parti Perikatan Nasional (PN) akan menentang Dato’ Wira Mahfuz Omar dari parti Pakatan Harapan (PH).
 
Skip to content