PROGRAM AMALI HAJJ ATFAL TASKA AL AHLA MBAS

04 Julai 2023 – Pihak Taska Al Ahla MBAS telah menganjurkan Program Amali Haji kepada anak-anak Taska Al Ahla MBAS pada pagi tadi bertempat di perkarangan Taska Al Ahla MBAS.
Program yang diadakan ini merupakan program tahunan taska dan ia bertujuan untuk mendedahkan kepada kanak-kanak praktikal dan ilmu pengetahuan berkenaan ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima.
 
Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS turut hadir ke program tersebut dan menyempurnakan acara penyampaian cenderahati kepada anak-anak taska. Hadir sama Puan Durratul Husniah bt Hassan, AJK Puspanita MBAS serta waris anak-anak taska berkenaan.
 
Skip to content