PROGRAM JOM KACAU BUBUR ASYURA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H | 2023M MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

26 Julai 2023 – Program Jom Kacau Bubur Asyura Sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H / 2023M Majlis Bandaraya Alor Setar yang telah diadakan bertempat di Kafeteria MBAS. Program ini merupakan anjuran Bahagian Komuniti & LA 21, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS dengan kerjasama Biro Wanita, Biro Agama dan Dakwah Kelab MBAS serta Puspanita MBAS.
 
YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar telah hadir menyempurnakan acara penyerahan bubur asyura kepada setiap jabatan di MBAS. Hadir sama En. Nasrankamil Bin Noh, Setiausaha MBAS; Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS; Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian dan seluruh kakitangan MBAS yang terlibat.
 
Skip to content