PROGRAM PENANAMAN POKOK BAGI TUJUAN PENGINDAHAN SUNGAI ANAK BUKIT, DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN

22 Julai 2023 – Sorotan Foto Penglibatan Majlis Bandaraya Alor Setar bersama-sama Kerajaan Negeri Kedah di Program Penanaman Pokok Bagi Tujuan Pengindahan Sungai Anak Bukit, Daerah Kota Setar bertempat di belakang Istana Anak Bukit Alor Setar.
 
YB Dato Wira Haji Isahak bin Murat, Pegawai Kewangan Negeri Kedah dan Pegawai-pegawai dari Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah telah turun menyumbang tenaga bagi menjayakan program ini. MBAS yang diwakili oleh Encik Jusrianuar bin Jamarudin wakil Datuk Bandar MBAS serta beberapa pengarah dan kakitangan Bahagian Landskap & Rekreasi, MBAS turut bersama-sama dalam program ini.
 
Program dimulakan dengan bacaan doa selamat dan diteruskan dengan sesi taklimat program daripada Puan Siti Suhaila Binti Ismail, Ketua Bahagian Landskap & Rekreasi, MBAS.
Hadir sama Tuan Haji Ir. Nasser bin Salim Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Encik Ahmad Azry bin Salleh JD Kota Setar/Yan/Pokok Sena, En Annas Bin Baharudin Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Encik Badrul Hisham bin Abdul Ghafar, wakil Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Encik Zaki bin Zainol wakil Pejabat Daerah Kota Setar.
 
Skip to content