PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H | 2023M PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

26 Julai 2023 – Sorotan Foto Program Sambutan Maal Hijrah 1445H/2023M peringkat Majlis Bandaraya Alor Setar yang telah berlangsung di Dewan As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS.
Program Sambutan Maal Hijrah 1445H/2023M peringkat MBAS kali ini diisi dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi S.A.W, persembahan nasyid oleh kumpulan khalifah MBAS dan Ceramah Perdana Maal Hijrah Oleh Ustaz Muhd Luthffi Ameer Bin Abdullah yang bertajuk “Hijrah Jiwa Yang Lara”.
 
Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar kepada penceramah jemputan iaitu Ustaz Muhd Luthffi Ameer Bin Abdullah, Pensyarah Pengajian Am Polimas.
 
Hadir sama En. Nasrankamil Bin Noh, Setiausaha MBAS; Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS; Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian dan seluruh kakitangan MBAS serta kakitangan-kakitangan jemputan agensi luar.
 
Skip to content