TAKLIMAT ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD SEMPENA STANDARD PELANCONGAN ASEAN BAGI TAHUN 2024-2026

23 Julai 2023 – Satu Sesi Taklimat Asean Clean Tourist City Standard Sempena Standard Pelancongan Asean Bagi Tahun 2024-2026 telah diadakan di Dewan Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS. Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Mohamad Azlie Sham Bin Rasulu, Pegawai Majlis Perbandaran Muar.
 
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), telah mempelawa Majlis Bandaraya Alor Setar untuk menyertai Standard Pelancongan ASEAN bagi tahun 2024-2026 bagi kategori seperti ASEAN Clean Tourist City Standard. Sehubungan itu, sesi taklimat tersebut diadakan bertujuan sebagai persediaan menghadapi sesi penilaian Standard Pelancongan ASEAN 2024-2026 oleh panel penilaian yang dijadualkan pada 03 Ogos 2023 (Khamis).
 
En. Nasrankamil Bin Noh, Setiausaha MBAS telah mempengerusikan sesi taklimat tersebut. Hadir sama Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian MBAS, wakil-wakil agensi terlibat dari Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia, JPJ Negeri Kedah, JAS Kedah, SWCorp, SADA dan E-Idaman Sdn. Bhd.
 
Skip to content