TAKLIMAT PENGURUSAN UNIT INTEGRITI AGENSI AWAM BERHUBUNG PENUBUHAN UNIT INTEGRITI DAN PELAKSANAAN ENAM FUNGSI TERAS UNIT INTEGRITI MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR.

17 Julai 2023 – Satu Sesi Taklimat Oleh Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) berhubung Penubuhan Unit Integriti (UI) Dan Pelaksanaan Enam Fungsi Teras Unit Integriti (UI) kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah diadakan bertempat di Dewan Mesyuarat UTC, Aras 5, UTC Kedah. Sesi taklimat tersebut telah diberikan oleh En. Mohamad Nizam Bin Kalam, Ketua Cawangan Libat Urus, Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Dalam sesi temuramah bersama wakil SPRM, En. Mohamad Nizam berkata Kerajaan telah menetapkan penubuhan unit integriti sejak tahun 2013 lagi apabila satu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 dikeluarkan untuk semua agensi awam menubuhkan unit integriti. Apabila kerajaan sekarang telah membatalkan pekeliling tersebut dan digantikan dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Tahun 2022, Kerajaan sekali lagi menggunapakai pekeliling yang baru untuk agensi awam di semua negeri bagi menubuhkan unit integriti. Jadi ianya menjadi satu komitmen yang besar bagi semua agensi awam di setiap negeri untuk menyahut seruan Kerajaan bagi membudayakan integriti.
 
Dalam pada itu, En. Mohamad Safari bin Abdullah, Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM turut berkata berdasarkan dapatan yang telah dibuat, sebaik-baiknya semua agensi awam di bawah Kerajaan Negeri Kedah ini mewujudkan unit intergritinya sendiri.
 
“Walaubagaimanapun, kita melihat kepada saiz sesuatu organisasi berkenaan, bagaimana ia menjalankan fungsi itu sekiranya tadbir urusnya yang baik ia dapat melaksanakan fungsi unit integriti itu dengan baik, mungkin ia boleh mewujudkan pegawai integriti untuk menjalankan fungsi. Tetapi sekiranya saiz organisasi tersebut adalah besar, ia sebaik-baiknya mewujudkan unit integriti yang bebas untuk melaksanakan fungsi. Ini bukan sekadar pandangan tetapi ini merupakan salah satu daripada amalan ataupun tatacara yang baik bagi agensi Kerajaan Negeri menjalankan fungsi unit integriti.” ujarnya.
 
Taklimat tersebut telah dihadiri oleh En. Nasrankamil Bin Noh, Setiausaha MBAS. Turut hadir ialah semua peringkat pengurusan MBAS yang melibatkan Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian serta semua Ketua Unit MBAS.
 
Skip to content