MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022

30 Julai 2023 – Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Alor Setar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 yang membincangkan penemuan audit oleh pihak Jabatan Audit Negeri (JAN) dan Firma Swasta (FAS) Tetuan Wan Nadzir & Co. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar bertempat di Dewan Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS.
 
Hasil perbincangan penemuan audit tersebut, En. Hanizar bin Hamzah, Pengarah Audit JAN telah mengumumkan bahawa MBAS sekali lagi dianugerahkan Sijil Tanpa Teguran dari Jabatan Audit Negara (JAN). Tahniah MBAS.
 
Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah En. Nasrankamil Bin Noh, Setiausaha MBAS; Pegawai-Pegawai Jabatan Audit Negara (JAN), Firma Swasta (FAS) Tetuan Wan Nadzir & Co, Unit Audit Dalam SUK Negeri Kedah, Bahagian Kerajaaan Tempatan SUK Negeri Kedah, Pengarah-Pengarah MBAS, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta kakitangan MBAS yang terlibat.
 
Skip to content