PEMAKLUMAN KESILAPAN CETAKAN BIL CUKAI TAKSIRAN PENGGAL 2 BAGI TEMPOH JULAI – DISEMBER 2023 MAJLIS PERBANDARAN KULIM
Maklum balas laporan berkaitan kesilapan pada cetakan Bil Cukai Taksiran Penggal 2 Tahun 2023 (Julai sehingga Disember). Pihak Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) mengesahkan bahawa terdapat kesilapan amaun di ruangan “JUMLAH PERLU DIBAYAR” dan akaun yang terlibat adalah bermula daripada T000003-01 sehingga T010856-01.
Tindakan cetakan dan penghantaran semula Bil Cukai Taksiran yang terlibat akan dilakukan dengan kadar segera. Para pelanggan boleh menghubungi Bahagian Hasil, Jabatan Perbendaharaan MPKK melalui talian 04-432 5225 untuk sebarang pertanyaan lanjut.Pihak MPKK memohon maaf dan akan terus komited menambah baik sistem penyampaian kepada para pelanggan.
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2023/08/363959576_673359094828521_1963644067771763229_n-791x1024.jpg)