MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH (MPSPK) MENERIMA ANUGERAH “APPRECIATION AWARD FOR ACTIVE INVOLVEMENT IN ENVIRONMENTAL INITIATIVES”

Tahniah diucapkan kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) yang terpilih untuk menerima anugerah “Appreciation Award For Active Involvement In Environmental Initiatives” oleh Waste Management Association of Malaysia (WMAM) pada 2 Ogos 2023 bertempat di Impiana Hotel Ipoh, Perak. Hadir menerima anugerah tersebut ialah Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada WMAM yang mengiktiraf inisiatif MPSPK dalam memastikan alam sekitar terus terpelihara. MPSPK akan terus komited untuk meneruskan usaha baik ini pada masa akan datang dan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam memelihara dan memulihara alam sekitar di sekitar Sungai Petani.

Skip to content