PEMAKLUMAN

Merujuk kepada Seksyen 70 (1) Akta 133, pemilik perlu mendapatkan kebenaran daripada atau Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) terlebih dahulu sekiranya ingin membuat apa-apa pengubahsuaian rumah. Permohonan boleh dilakukan dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada MPSPK.

Sekiranya tiada kebenaran diperolehi, pemilik boleh dikenakan kompaun dan didenda dibawah Seksyen 70 (11) Akta 133 jika sabit kesalahan.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila berhubung dengan Jabatan Bangunan di talian 04-429 6666.

Skip to content