MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL BAGI SESI LIBAT URUS TENAGA NASIONAL BERHAD BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI DALAM MENCAPAI SASARAN PEMASANGAN EV DC FAST CHARGER DI HENTIAN REHAT DAN RAWAT GURUN ARAH UTARA DAN SELATAN

Tenaga Nasional Berhad dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah mengadakan mesyuarat Penyelarasan Teknikal pada 16 Ogos 2023 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 5, Menara MPSPK. Mesyuarat dihadiri oleh Dato Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK, AMK., BCK, Yang Dipertua MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohamed Ali, AMK., BCK, Setiausaha MPSPK, pengarah- pengarah serta ketua-ketua bahagian MPSPK. Turut hadir beberapa pegawai dari agensi – agensi yang berkaitan.

Mesyuarat membincangkan mengenai rancangan pemasangan insfratruktur pengecas kereta elektrik (EV DC Fast Charger) di Hentian Rehat dan Rawat Gurun arah Utara dan Selatan yang dijadualkan hujung tahun ini. Pembentangan mesyuarat disampaikan oleh Encik Saravaiswaran A/L Ramakrishnan, Head EV Infrastructure PMO EV untuk mempromosikan kereta elektrik (Electric Vehicle, EV) ke arah tenaga hijau menjelang tahun 2050.

Setakat hari ini, pengecas kereta elektrik telah dipasang di beberapa buah R&R iaitu di R&R Tapah, R&R Ayer Keroh dan R&R Paka. Pemilik kenderaan boleh memuat turun aplikasi GO TO-U untuk menggunakan perkhidmatan Electron Charging ini.

Skip to content