PADANG SERAI, 20 Ogos 2023 – Program yang berlangsung di Dewan Mahsuri ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Dr. Nadzman Bin Mustaffa, Pegawai Daerah Kulim. Turut mengiringi YBhg. Encik Encik Ramli Bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah bersama YBrs. Cik Amal Bt Zubir, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim.YBhg. Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah dalam ucapan aluannya berkata “Pelaksanaan program pada hari ini memfokuskan tanaman padi dan juga Program Pembangunan Pertanian Komuniti atau Urban Farming. Tanaman padi sememangnya antara fokus kerana beras adalah makanan ruji dalam negara dan peningkatan produktiviti hasil padi dengan penggunaan teknologi mekanisasi menjadi Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 untuk Food Security atau bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi.”

“Program Pembangunan Pertanian Komuniti juga berperanan sebagai salah satu strategi untuk menggalakkan interaksi sosial antara penduduk tempatan. Selain itu, pertanian komuniti membantu meningkatkan motivasi diri para peserta program dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan bekerja secara berpasukan untuk menghasilkan produk makanan sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual di mana dapat membantu mengurangkan kos sara hidup.”“Program kerjasama yang dilaksanakan Jabatan Pertanian bersama Majlis Perbandaran Kulim pada hari ini adalah suatu usaha untuk memperkembangkan teknologi dan maklumat berkaitan tanaman padi dan juga pertanian bandar.” ujar beliau dengan harapan komitmen dan kerjasama erat dapat diteruskan pada masa akan datang.

Ucapan perasmian oleh YBhg. Tuan Pegawai Daerah pula menyeru agar Pertanian Bandar ini dapat diperluaskan lagi ke semua lapisan masyarakat kerana ianya adalah selaras hasrat kerajaan untuk menjaga food security dan juga ke arah Makanan Sihat ‘Good Practice’ serta selari dengan visi utama Majlis Perbandaran Kulim iaitu mencorakkan suatu bandar ke arah “Smart City, Prosper City, Serene City.”

Secara ringkasnya Pertanian Bandar di Kulim ini bermula dari tahun 2014. Antara kebun terawal adalah dari Kebun Pertanian Bandar Taman Angsana dan Kebun Pertanian Bandar Taman Serai Setia yang mana masih kekal sehingga kini.

Jumlah keseluruhan Pertanian Bandar di Kulim yang telah wujud sehingga kini adalah sebanyak 18 Kebun Pertanian Bandar dan hasil tanaman mencecah sehingga 200,000 tan.

Tuan Pegawai Daerah juga berkesempatan melakukan Acara Pecah Tanah Lot Kebun Komuniti Bandar Taman Mahsuri serta merakamkan ucapan terima kasih kepada Ybhg. Encik Ramli Bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pagi ini.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content