KULIM, 23 Ogos 2023 – Perasmian Penutupan Kempen Premis Bersih (Medan Selera) 2023 oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Dr. Haji Nadzman Bin Mustaffa di Medan Selera, Taman Tunku Putra.
Kempen dibawah program Kempen Kesihatan Persekitaran, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Meliputi 5 program kesihatan persekitaran iaitu Kawalan Denggi, Kawalan Tikus, Kebersihan Premis Makanan, Kebersihan Tandas Awam dan Kebersihan Pasar Awam.
Tujuan utama Kempen Premis Bersih ini adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan premis makanan terutama Medan Selera dibawah seliaan PBT supaya tahap kebersihan premis dapat dipertingkatkan demi keselesaan pengunjung.
Kempen mula dilaksanakan bermula Jun 2023 dan akan tamat pada 31 Ogos 2023. Pelbagai program telah dilaksanakan seperti Taklimat Kebersihan Premis kepada peniaga-peniaga, gotong – royong membersihkan kawasan medan selera serta melakukan beberapa kerja naiktaraf seperti pemasangan siling, mengecat semula kawasan dalam dan luar gerai, memasang tanda nama gerai yang seragam dan juga memasang papan iklan medan selera untuk menarik minat lebih ramai pengunjung. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang kempen berlangsung.