Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPN) kini membuka Permohonan Pembiayaan Pendidikan SPPNK 2023 kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan. Kadar pinjaman pula adalah tertakluk kepada jenis pengajian samada di peringkat Sijil (Selain SVM) / Diploma / Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di Insitut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta yang terpilih. Pemohon boleh mengemukakan permohonan bermula dari 27 Ogos 2023 sehingga 31 Oktober 2023. Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila layari sppnk.kedah.gov.my/ipinjam atau hubungi SPPN Kedah di talian 04-7027296.

Skip to content