BERITA : 17 OGOS 2023 (KHAMIS)
 
PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA PERINGKAT PENTADBIRAN DAERAH BANDAR BAHARU (PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU & MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU)
 
Porgram Memasak Bubur Asyura Peringkat Pentadbiran Daerah Bandar Baharu yang melibatkan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah diadakan bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.
 
Program ini diadakan sempena sambutan Awwal Muharram dan bertujuan mengeratkan lagi ukhwah dan silaturahim antara kakitangan dalam jabatan yang terlibat.
 
Turut hadir memeriahkan pogram tersebut ialah Prof. TS. Dr. Mohd Suffian Bin Haji Yusoff, ADUN Bandar Baharu dan Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., KAT., AMN., BCK., selaku Pegawai Daerah Bandar Baharu dan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu.
 
Program tersebut berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang dengan agihan bubur kepada semua kakitangan dan agensi-agensi yang terlibat.
 
Sekian.
Skip to content