KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN PENDAFTARAN / TAKLIMAT MASA / TARIKH LAWATAN TAPAK
1. 10/2023
(LR)
Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih Kemudahan Sedia Ada, Penambahan Elemen Landskap, Keceriaan dan Penggantian Peralatan Serta Infrastruktur Taman di Taman Jubli Perak, Majlis Perbandaran Sungai Petani (Tawaran Semula)

Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori CE
Pengkhususan CE14 dan CE21

Tempat
Tapak Semaian, Jalan Pegawai

Masa
9.00 pagi

 

Tarikh
03 September 2023

Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai04 September 2023 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 10 September 2023, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 28 Ogos 2023

Skip to content