PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-66 DARI MPSPK

Sekitar Istiadat Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-66. Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) merupakan antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang turut terlibat dalam perarakan yang diadakan di Dataran Medan Bandar, Alor Setar pada 31 Ogos 2023. Istiadat perbarisan dan perarakan ini adalah bersempena dengan Hari Kebangsaan Ke-66.

Turut hadir menyaksikan istiadat perbarisan dan perarakan ini adalah Dato Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK, AMK., BCK, Yang Dipertua MPSPK dan Puan Noorulhuda binti Mohamed Ali, AMK., BCK, Setiausaha MPSPK.

Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada kakitangan MPSPK yang mengambil bahagian sepanjang tempoh istiadat perbarisan dan perarakan ini diadakan.

Skip to content