MAJLIS PENYERAHAN KENDERAAN BAHARU MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR TAHUN 2023

6 Ogos 2023 – Majlis Penyerahan Kenderaan Baharu MBAS Tahun 2023 yang telah berlangsung pagi tadi bertempat di perkarangan Ibu Pejabat MBAS. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar.
 
Sebanyak 2 unit MPV, 2 unit tanker roro dan 1 unit tanker rigid ini telah diserahkan kepada Jabatan Khidmat Pengurusan dan Jabatan Perancangan Pembangunan MBAS bagi menjalankan tugas-tugas rasmi di kawasan pentadbiran MBAS. Dengan pembekalan kereta baharu ini, MBAS dapat mempertingkatkan lagi kualiti mutu perkhidmatan kepada warga Bandaraya Alor Setar dan memastikan perkhidmatan MBAS lebih efisien, lancar dan berkesan.
 
Hadir sama En. Nasrankamil Bin Noh, Setiausaha MBAS, Pengarah-Pengarah MBAS, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta kakitangan terlibat.
 
Skip to content