MBAS MENERIMA ANUGERAH KHAS “APPRECIATION AWARD FOR ACTIVE INVOLVEMENT IN ENVIRONMENTAL INITIATIVES” DARI WASTE MANAGEMENT ASSOCIATION OF MALAYSIA (WMAM)
2 OGOS 2023, IPOH – En. Mohamad Najib Bin Mohd Salleh, Pengarah Jabatan Kewangan, MBAS mewakili YBhg. Datuk Bandar Alor Setar telah hadir menerima Anugerah Penghargaan Khas dari ‘Waste Managemement Association of Malaysia’ (WMAM) bertempat di Impiana Hotel Ipoh, Perak.
Penganugerahan tersebut diperolehi atas penglibatan dan sumbangan aktif Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dalam pengurusan Alam Sekitar khususnya di dalam komuniti menerusi inisiatif-inisiatif yang dijalankan.
Duli Yang Teramat Mulia Raja Ja’afar ibni Almarhum Raja Muda Musa, Raja Muda Perak Darul Ridzuan perkenan bercemar duli berangkat merasmikan persidangan tersebut.
Anugerah telah disampaikan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Exco Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak diiringi En. Ho De Leong, Pengerusi WMAM.
MBAS akan terus komited dalam memastikan pengurusan alam sekitar di bandaraya Alor Setar akan terus terpelihara bagi memastikan Alor Setar bandaraya pelancongan bersih.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'