SESI PENILAIAN ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD SEMPENA STANDARD PELANCONGAN ASEAN BAGI TAHUN 2024-2026

03 Ogos 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan 5 orang panel penilai ASEAN Tourism Standard (2024-2026) daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang diketuai oleh En. Noor Hasrel Bin Hassan bagi tujuan penilaian penyertaan Bandaraya Alor Setar dalam ASEAN Clean Tourist City Standard sempena Standard Pelancongan ASEAN bagi tahun 2024-2026.
 
Sesi penilaian tersebut telah berlangsung di Dewan Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS dan dipengerusikan oleh En. Nasrankamil Bin Noh, Setiausaha MBAS. YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar turut hadir menyempurnakan acara penyampaian cenderahati kepada semua panel-panel penilai.
 
Sesi penilaian diakhiri dengan lawatan tapak ke beberapa lokasi di sekitar Bandaraya Alor Setar iaitu Dataran Medan Bandar, Medan Seni, Drive Thru Recycle Centre (DTRC) Alor Setar dan perkarangan Rumah Tok Su, Alor Setar. Turut hadir bersama-sama dalam sesi penilaian ini ialah Polis Daerah Kota Setar, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, JKR Kota Setar, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, SWCorp dan E-Idaman Sdn. Bhd.
 
 
Skip to content