BERITA :

31 OGOS 2023 (KHAMIS)

Sempena Istiadat Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-66 Tahun 2023 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman, Kontinjen Kawad Majlis Daerah Bandar Baharu juga tidak ketinggalan untuk menyertai sambutan tersebut bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, Kedah.

Sebanyak lapan kategori telah dipertandingkan sempena Istiadat Perbarisan dan Perarakan tersebut dimana Juara Antara Juara memperolehi markah tertinggi berbanding juara-juara setiap kategori dengan membawa pulang Piala Pusingan dan wang tunai RM3,000.

Sebanyak 21 kontinjen perbarisan Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah mengambil bahagian pada tahun ini selain Kontinjen PBT, Badan Berkanun dan Swasta sebanyak 25 kontinjen; Kontinjen Persatuan, NGO, Pertubuhan, dan Kelab sebanyak 7 kontinjen; Kontinjen Beruniform Kerajaan sebanyak 4 kontinjen; Kontinjen Beruniform Institusi Pendidikan (Sekolah, Kolej, IPTA, IPTS) sebanyak 29 kontinjen; Kontinjen Pancaragam Sekolah sebanyak 13 kontinjen dan Kontinjen Pertunjukan sebanyak 16 kontinjen dengan keseluruhan sebanyak 115 kontinjen.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah memenangi kategori masing-masing dan sekalung penghargaan buat Kontinjen Kawad MDBB yang telah memberi komitmen dan menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dalam penyertaan memeriahkan sambutan perbarisan Hari Kebangsaan Ke-66 pada kali ini.

Salam Merdeka buat semua!

MALAYSIA MADANI : TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN

Skip to content