DATUK BANDAR ALOR SETAR MENYEMPURNAKAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG KECERIAAN 5S PERINGKAT DALAMAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

29 Ogos 2023 – YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang keceriaan 5S peringkat dalaman Majlis Bandaraya Alor Setar bertempat di Dewan Al-Wafa, tingkat 8, Menara MBAS sebentar tadi.
Pertandingan Keceriaan 5S peringkat dalaman ini diadakan setiap tahun dan ianya merupakan satu langkah persediaan MBAS mensasarkan penarafan semula 5S sempena pengauditan semula oleh pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC) menjelang November 2023.
 
Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk memupuk persaingan yang sihat di kalangan warga kerja MBAS bagi menjadikan amalan 5S sebagai budaya kerja yang berterusan selaras dengan objektif amalan 5S MBAS.
 
Penilaian pertandingan tersebut telah dibuat berdasarkan markah keseluruhan yang diperolehi hasil audit dalaman yang telah dijalankan oleh juruaudit MBAS pada 16 & 17 Ogos yang lalu. Tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Keceriaan 5S peringkat dalaman Majlis Bandaraya Alor Setar.
 
TEMPAT PERTAMA
Bahagian Pusat Setempat (OSC)
 
TEMPAT KEDUA
Jabatan Perancangan Pembangunan, MBAS
 
TEMPAT KETIGA
Bahagian Landskap & Rekreasi, MBAS
 
Skip to content