LAWATAN PENANDA ARAS KE MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Bagi memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan, kunjungan MPSPK ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada hari Isnin, 4 September 2023 adalah kerana MPM merupakan antara Pihak Berkuasa Tempatan yang telah melaksanakan sepenuhnya proses pelaksanaan dan kepatuhan prosedur OSC 3.0 Plus daripada Proses 3 hingga Proses 6 iaitu Notifikasi Mula Kerja Binaan sehingga Pendepositan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Turut hadir, Yang Dipertua Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK, Setiausaha Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC), Jabatan Agensi / Teknikal dan pegawai-pegawai dalaman MPSPK.

Selain itu, kunjungan ini juga adalah untuk mendalami myPATIL kerana MPM juga telah berjaya memperkenalkan myPATIL yang merupakan sebuah teknologi lesen digital dan telah diperkenalkan kepada penduduk daerah Manjung terutamanya pemilik-pemilik lesen perniagaan di daerah tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) kerana sudi berkongsi ilmu dan diharapkan dapat memantapkan lagi tadbir urus MPSPK seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam kepada rakyat tercapai dengan lebih cemerlang.

Skip to content