MAJLIS AMANAT DATUK BANDAR ALOR SETAR KEPADA KONTINJEN KAWAD MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

28 Ogos 2023 – YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar telah menyampaikan amanat serta kata-kata semangat kepada Kontinjen Kawad MBAS yang berlangsung pagi tadi bertempat di perkarangan Ibu Pejabat MBAS.
 
Seramai 36 anggota Kontinjen Kawad MBAS yang diketuai oleh En. Ahmad Syaher Bin Abu Bakar, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, MBAS akan menyertai acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat Negeri Kedah yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2023 di Dataran Medan Bandar, Alor Setar.
 
Skip to content