MAJLIS PENUTUP MINGGU KESIHATAN DAN KESELAMATAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR 2023

17 Ogos 2023 – YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar telah merasmikan Majlis Penutup Minggu Kesihatan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Alor Setar 2023 yang telah berlangsung dari 14-17 Ogos 2023 bertempat di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS. Hadir sama Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS; Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian dan seluruh kakitangan MBAS.
 
Antara pengisian program di hari terakhir Minggu Kesihatan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Alor Setar 2023 ialah aktiviti zumba anjuran Biro Wanita, Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar dan program Aafiyiat Talk ‘Gaya Hidup Aafiyat’ yang telah disampaikan oleh Penasihat Kesihatan Olive House Utara, Dr. Mohd Izzat Bin Che Baharom.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan jutaan terima kasih kepada LPPKN, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Hospital Sultanah Bahiyah, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta semua agensi terlibat di atas penglibatan dan kerjasama yang diberikan untuk menjayakan Minggu Kesihatan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Alor Setar 2023.
 
Skip to content