MBAS SERTAI PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-66 PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2023

31 Ogos 2023 – MBAS sertai Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat Negeri Kedah Tahun 2023 yang telah diadakan bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar. Pada kali ini MBAS menampilkan pakaian korporat dengan corak warna rasmi MBAS bertemakan Bandaraya Berdayahuni 2035 sempena Ulang Tahun Bandaraya ke-20 iaitu Dua Dekad MBAS serta Mai Singgah Alor Setar 2024. YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar diiringi isteri, Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS turut hadir menyaksikan Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat Negeri Kedah Tahun 2023 berkenaan.
 
Kontinjen Kawad MBAS yang terdiri daripada 36 anggota ini diketuai oleh En. Ahmad Syaher Bin Abu Bakar, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, MBAS. Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Kawad MBAS di atas komitmen yang terbaik dalam Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat Negeri Kedah Tahun 2023.
 
Skip to content