MINGGU KESIHATAN DAN KESELAMATAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR 2023

14 Ogos 2023 – YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar telah merasmikan Minggu Kesihatan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Alor Setar 2023 pagi tadi bertempat di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS. Hadir sama Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS; Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian dan seluruh kakitangan MBAS.
 
Antara objektif Minggu Kesihatan dan Keselamatan MBAS ialah untuk meningkatkan kesedaran kepada kakitangan MBAS terhadap kepentingan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Pelbagai aktiviti telah disusun khas untuk warga kerja MBAS seperti senamrobik, pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, demonstrasi kesihatan, pertandingan memasak dan program derma darah. Selain itu, turut diadakan pameran-pameran daripada beberapa agensi yang terlibat.
 
Hari pertama Minggu Kesihatan dan Keselamatan MBAS telah berlangsung pada hari ini dengan beberapa pengisian program iaitu aktiviti senamrobik, Ceramah Kesihatan oleh Pakar Pemakanan, Program Derma Darah bersama pihak Hospital Sultanah Bahiyah, Ceramah “Hadapi Stress Dengan Bijak” oleh Pegawai Psikologi (LPPKN), Puan Badrizawati bt Mohamad Zaki dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
 
Minggu Kesihatan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Alor Setar 2023 pada kali ini akan berlangsung selama 4 hari bermula dari 14 – 17 Ogos 2023. Ia turut mendapat kerjasama dari beberapa agensi iaitu LPPKN, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Hospital Sultanah Bahiyah, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
 
Skip to content