PROGRAM JALAN SANTAI MERDEKA 2023

24 Ogos 2023 – Sorotan Foto Program Jalan Santai Merdeka anjuran PUSPANITA MBAS sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang Ke-66 dan Hari Malaysia 2023 yang telah berlangsung pagi tadi bertempat di perkarangan pintu masuk Kompleks City Plaza Alor Setar.
 
Jalan Santai Merdeka ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan berjalan sejauh 3 kilometer melalui tempat-tempat menarik di sekitar Bandaraya Alor Setar. Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS. Hadir sama di acara tersebut Ahli-Ahli Jawatankuasa PUSPANITA MBAS, Ahli Persatuan Isteri dan Anak Staf Penjara Pokok Sena (PERSIAP).
 
Skip to content