PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR 2023

23 Ogos 2023 – Lebih 400 Jalur Gemilang diedarkan di Program Kibar Jalur Gemilang MBAS Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-66 dan Hari Malaysia 2023 sebentar tadi bertempat di Jalan Kolam Air, Alor Setar. Ia bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik di kalangan masyarakat Malaysia khususnya di Alor Setar bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang Ke-66 dan Hari Malaysia 2023.
 
Program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar dengan mengedarkan Jalur Gemilang kepada kenderaan-kenderaan rasmi MBAS serta kenderaan-kenderaan awam yang melalui Jalan Kolam Air tersebut. Turut diedarkan pelekat kenderaan “Mai Singgah Alor Setar 2024” kepada orang ramai bagi mempromosikan program tersebut yang akan diadakan pada tahun hadapan.
 
Hadir sama di program tersebut ialah En. Nasrankamil Bin Noh, Setiausaha MBAS, Pengarah-Pengarah MBAS, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta kakitangan terlibat.
 
Skip to content