06 SEPTEMBER 2023 (RABU)

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BILANGAN 08 TAHUN 2023

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., KAT., AMN., BCK. bermula jam 2.30 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada pengerusi yang mengalu-alukan penyertaan semua Ketua Jabatan dan wakil jabatan yang berkaitan.

Mesyuarat diteruskan dengan agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 07 Tahun 2023 yang diadakan pada 25 Julai 2023 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan dengan perkara-perkara baru yang melibatkan 3 kertas kerja permohonan untuk kelulusan dan 2 kertas kerja pemakluman serta perbincangan hal-hal lain.

Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Tuan Setiausaha, Ketua Bahagian Perancangan Pembangunan serta Ketua Bahagian Kejuruteraan, Projek dan Penyelenggaraan MDBB.

 

Skip to content