SESI LIBAT URUS JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BERHUBUNG SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM

12 September 2023 – Telah berlangsung Sesi Libat Urus Jabatan Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan (Pembangunan) Ybhg. Datuk Azhar bin Ahmad berhubung Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bersama dengan penjawat awam negeri Kedah Darul Aman di Dewan Kenangan, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah (MPSPK).

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) YBhg. Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin. DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK. Turut hadir Yang Dipertua MPSPK, Dato Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK, AMK., BCK, Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Presiden CUEPACS, Dato’ Haji Adnan bin Mat dan warga kerja Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah.

Menerusi sesi libat urus ini, cadangan dan input yang diterima dari penjawat awam akan diambil kira dan dipertimbangkan bagi penambahbaikan sistem saraan perkhidmatan awam.

Skip to content