PADANG SERAI, 16 September 2023 – Karnival Semarak Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2023 berlangsung penuh meriah di Perkarangan Serai Wangi Mall.

Majlis Perasmian dirasmikan oleh Ybhg. Dr. Haji Nadzman bin Mustaffa, Pegawai Daerah Kulim diiringi Tuan Haji Mohd Zainal bin Mohd Nor, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Cawangan Penggerak Komuniti Bahagian Kesejahteraan Komuniti, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, YDH Supt. Mohd Azizul bin Mohd Khairi, Ketua Polis Daerah Kulim, Encik Low Chee Peng, Wakil Pengurusan Pihak C-Mart Serai Wangi Mall serta Encik Abdul Manaf bin Haji Che At, Pengerusi KRT Taman Serai Setia.

Pelbagai acara/pertandingan diadakan seperti pertandingan melukis poster hari kebangsaan, pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan deklamasi sajak dan syair, pertandingan memasak masakan tradisional, pertandingan mewarna, pertandingan fotografi, fun ride, jamboree, persembahan paramoto, konvoi motorsikal, pertandingan upcycle, “kahoot”(kuiz kemerdekaan) dan lain lain.

Selain itu turut terlibat pameran dari agensi kerajaan, NGO dan swasta iaitu daripada Bomba dan Penyelamat Malaysia, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Kulim Smart Parking, E-Idaman, NGO basikal, Pejabat Zakat Kedah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, UniKL, Briged Keenam Infantri Malaysia (ketenteraan) dan lain lain agensi yang turut serta.

Karnival ini merupakan salah satu platform untuk membina jaringan hubungan dan interaksi antara agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, komuniti setempat dan orang awam. Disamping memberi maklumat kepada masyarakat tentang pentingnya erti sebuah kemerdekaan negara Malaysia dan membentuk semangat patriotik dan cintakan tanah air.

Terima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat serta semua masyarakat yang hadir memberi sokongan untuk Karnival Semarak Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2023.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#SemarakMerdeka

#HariMalaysia

#2023

Skip to content