PROGRAM ZIARAH DAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF, KURANG UPAYA DAN FAKIR MISKIN

Sekitar Program Ziarah dan Sumbangan Kepada Asnaf, Kurang Upaya dan Fakir Miskin anjuran Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah (MPSPK) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Pengagihan barang keperluan asas ini disampaikan oleh Yang Dipertua MPSPK Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK dan Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK kepada golongan asnaf, kurang upaya dan fakir miskin. Bantuan disampaikan kepada orang awam dan juga pesara-pesara MPSPK. Program Foodbank ini memberi manfaat kepada sejumlah 30 orang penerima di sekitar Sungai Petani.

Turut mengiringi Dato’ Yang Dipertua dan Setiausaha ialah pengarah-pengarah Jabatan dan ketua-ketua Bahagian MPSPK.

Skip to content