ACARA SENAMROBIK SERTA 'NIGHT WALK AND FUN RUN' SEMPENA PROGRAM BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (WELLNESS MONTH) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2023.

15 SEPTEMBER 2023 – YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar telah hadir mengiringi YB. Mejar (B) Mansor Bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan serta YBhg. Dato’ Dr. Othman Bin Warijo, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah ke Acara senamrobik serta ‘Night Walk and Fun Run’ sempena Program Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (Wellness Month) Peringkat Negeri Kedah 2023 bertempat di Menara Alor Setar.
 
Pelepasan bagi acara ‘Night Walk and Fun Run’ sejauh 3 KM telah disempurnakan oleh YB. Mejar (B) Mansor Bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan dari jam 4.00 petang. Hadir sama dalam program tersebut Pengarah Kesihatan daerah-daerah.
 
 
Skip to content