GOTONG ROYONG MADANI DAN PERANGI AEDES PERINGKAT NEGERI KEDAH 2023

09 September 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sertai
program Gotong-Royong Madani Dan Perangi Aedes Peringkat Negeri Kedah 2023. Program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri kedah dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah tersebut telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Kuala Kedah.
 
Pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya ialah aktiviti gotong royong, pertandingan mewarna murid pra sekolah, ceramah kesihatan, saringan kesihatan percuma, pameran kesihatan & agensi, ‘Trash 4 cash’ serta cabutan bertuah.
 
Turut bersama-sama dalam program tersebut ialah PPD Kota Setar, RISDA Negeri Kedah, E-Idaman, RELA Daerah, JK Masjid Taman Bersatu, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SKTB, SADA, Ibubapa/waris SKTB, Guru-Guru serta Murid SKTB.
 
Skip to content