HARI BERBASIKAL TAHUNAN ISUZU 916 '13TH CYCLE FOR HEALTH'

16 September 2023 – YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar hadir menyempurnakan acara pelepasan Kayuhan 13th Cycle For Health anjuran Isuzu Malaysia. Kayuhan ini diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia yang ke-60.
 
Lebih 1200 peserta telah menyertai acara kayuhan ini. Pelepasan peserta kayuhan bermula seawal 6.30 pagi di hadapan pejabat Isuzu Cawangan Alor Setar (Isuzu Indah Utara Auto Sdn Bhd). dengan jarak kayuhan adalah sejauh 90km.
 
Turut bersama menyempurnakan acara pelepasan ialah Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn Bhd, Encik Zaki Abdul Aziz Daud, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) , Tuan Badrulhisham Bin Haji Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Mr.Shunsuke Okazue, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Mr Kenkichi Sogo, Pengarah Urusan Isuzu Indah Utara Auto Sdn Bhd, Mr Poh Seng Hooi, Pengarah Isuzu Indah Utara Sdn Bhd, Mr Poh Seng Keong, President LM Bikers, Mr Poh Cheng Hai, Captain LM Bikers,Mr Fong Chan Hap.
 
 
Skip to content