MAJLIS PERJUMPAAN DAN LAWATAN KERJA PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN KESIHATAN NEGERI KEDAH KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

17 September 2023 – Majlis Perjumpaan Dan Lawatan Kerja Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesihatan Negeri Kedah, YB Mejar (B) Mansor Bin Zakaria ke Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), hari ini.
 
Ketibaan YB Mejar (B) Mansor Bin Zakaria disambut baik oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar serta kakitangan MBAS. Sesi taklimat dari pihak MBAS telah diberikan oleh En. Nasrankamil Bin Noh, Setiausaha MBAS bertempat di Dewan Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS.
 
Mengenai lawatan tersebut, YB Mejar (B) Mansor Bin Zakaria sempat memberikan amanat dalam memajukan MBAS menjadi sebuah bandaraya yang lebih baik dari segala aspek. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati serta sesi bergambar bersama pihak MBAS.
 
Hadir sama Puan Norhasteza binti Bahdun, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Dasar dan Keurusetiaan), Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Kedah; Pengarah-Pengarah MBAS, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta kakitangan terlibat.
 
 
Skip to content