PROGRAM KHAS JUALAN AGRO MADANI SEMPENA HARI MALAYSIA

13 September 2023 – YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar telah merasmikan Program Khas Jualan Agro Madani Sempena Hari Malaysia. Program Khas Jualan Agro Madani Sempena Hari Malaysia anjuran FAMA Negeri Kedah ini adalah program jualan yang pertama diadakan di Pasar Tani Taman Wira Mergong, Alor Setar Kedah. Program ini dilaksanakan dengan penyediaan sebanyak 145 pek kombo (1 Ekor Ayam / Bihun / 1 Kg Minyak Masak).
 
Antara aktiviti tarikan pengunjung yang dilaksanakan adalah edaran ‘Pek Sayur’ percuma. Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan dekorasi kek sempena Hari Malaysia yang disertai oleh para pelajar Tabika KEMAS Taman Wira Mergong yang telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar.
 
Hadir sama YBrs. Cik Zuriana binti Mat Adam, Pengarah FAMA Negeri Kedah; En. Yusri bin Mahat ,Timb. Peng. FAMA (Operasi); dan En. Mohd Hafiz bin Mohd Adnan, Timb. Peng. FAMA (Pembangunan).
 
 
Skip to content