SUMBANGAN FOODBANK KEPADA KAKITANGAN MPSPK

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menganjurkan penyampaian program Food Bank kepada kakitangan MPSPK bertempat di Dewan Auditorium MPSPK.

Hadir ke program berkenaan ialah Pengurus Negeri Pusat Pentadbiran Negeri YaPEIM (PPYN) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang Haji Mohd Fauzi bin Haji Adnan. Turut hadir Yang Dipertua MPSPK Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK, Setiausaha MPSPK Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, pengarah-pengarah Jabatan, ketua-ketua Bahagian dan warga kerja MPSPK.

Seramai 100 orang kakitangan MPSPK menerima sumbangan Food Bank yang merupakan sumbangan barangan keperluan asas. Program diteruskan pula dengan taklimat ringkas berkenaan program-program anjuran YaPEIM dan Ar-Rahnu YaPEIM yang disampaikan oleh wakil YaPEIM. Program ini adalah inisiatif daripada YaPEIM dan MPSPK bagi mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan.

Skip to content