KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.
BIL. | TAJUK | NO. SEBUT HARGA | KOD BIDANG |
1. | Sebut Harga Perkhidmatan Pencucian dan Pembersihan Menara MPSPK, Jalan Patani, Sungai Petani, Kedah Darul Aman (Ibu Pejabat MPSPK) | 17/2023 (PER) |
221001 |
Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 24 September 2023 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 01 Oktober 2023, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 19 September 2023