PROGRAM GOTONG-ROYONG SEMPENA WORLD CLEAN UP DAY 2023

19 September 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan kerjasama SW Corp Cawangan Alor Setar dan Environment Idaman Sdn. Bhd telah menjalankan gotong-royong di Tanjung Chali, Alor Setar sempena World Clean Up Day yang disambut pada 16 September sehingga 24 September setiap tahun.
 
Encik Khairul Nizam, kakitangan bahagian perkhidmatan bandar MBAS menyatakan tujuan utama program gotong-royong ialah bersempena World Clean Up Day di mana aktiviti pembersihan yang melibatkan pengasingan sisa bahan buangan seperti plastik, kaca dan kertas. Kemudian, segala sisa bahan buangan ini akan dibawa ke pusat kitar semula untuk tindakan selanjutnya.
 
“Program seperti ini banyak dijalankan di seluruh dunia maka MBAS juga turut mengambil inisiatif untuk menjalankan program seperti ini di sekitar Bandaraya Alor Setar. Sebagai contoh, program yang telah dijalankan di Marina Kuala Kedah, pekan Kuala Kedah serta beberapa tempat lain lagi”.
 
Oleh itu, MBAS menyeru penduduk Alor Setar untuk bersama menjaga kebersihan bandar ini dan menghindari bandar ini dari pencemaran sampah sarap serta bahan buangan.
 
Skip to content