21 September 2023 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 dan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2023 Majlis Perbandaran Kulim yang berlangsung di Dewan Bandaran Kulim.

Tuan Yang Dipertua dalam ucapannya berkata “Banyak kejayaan yang telah kita capai dengan usaha, kerja keras, komitmen, disiplin serta masa yang telah diberikan untuk Majlis Perbandaran Kulim.”

“Kita perlu bersyukur kerana diberi kesihatan serta diberi peluang untuk bekerja menjana pendapatan.”

Beliau menzahirkan perasaan bangga apabila MPKK kini menjadi sumber rujukan pelbagai pihak terutama daripada rakan PBT serta menyampaikan amanat agar terus menjaga intergriti. Tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan nama baik MPKK.

Dikesempatan itu juga, Tuan Yang Dipertua mengucapkan tahniah kepada semua penerima APC dan seluruh warga kerja yang menyumbang kepada kecermelangan MPKK serta ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para anggota yang bersara pada tahun 2023.

Klik untuk gambar sekitar program

#APC2022

#penghargaan

#jasamudikenang

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content