18 September 2023 | Lensa sekitar – Ops bersepadu diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPKK bersama 5 Anggota Jabatan Imigresen Malaysia dan 10 Anggota Penguatkuasa MPKK.
Operasi menyasarkan pemeriksaan ke atas premis perniagaan yang didakwa melibatkan warga asing. 18 premis telah diperiksa melibatkan kawasan Taman Senangin, Taman Perak serta Taman Kobis.
Tindakan penguatkuasaan diambil mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan. Sebanyak 11 kompaun dan satu notis telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kulim.