


27 September 2023 – Kursus Pengukuhan Pemahaman Akan Peruntukan Kesalahan Bawah Akta dan Undang-undang Subsidiari yang Diterimapakai oleh Majlis Perbandaran Kulim dalam Tindakan Mengkompaun Suatu Kesalahan.
Kursus yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Kulim disampaikan oleh Encik Alif Bin Hamzah, Pegawai Undang-Undang MPKK dengan dihadiri oleh 58 anggota daripada Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kesihatan Persekitaran.
Objektif kursus adalah bagi memberi pemahaman kepada Pegawai Penguatkuasa/ Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis yang menjalankan tindakan pengkompaunan kesalahan akan peruntukan-peruntukan di bawah akta dan undang-undang subsidiari yang diterima pakai oleh Majlis Perbandaran Kulim.
Pengisian Kursus:
– Punca kuasa mengkompaun
-Peruntukan di bawah akta
-Peruntukan kesalahan di bawah subsidiari
-Pengukuhan integriti
Pihak Majlis sentiasa komited dalam meningkatkan kompetensi Anggota Penguatkuasa dalam membuat tindakan penguatkuasaan agar tindakan yang dilaksanakan berlandaskan punca kuasa dan berbetulan dengan peruntukan undang-undang yang ada.